Saturday, 6 August 2011

Time-Part2

Segalanya berubah menjadi perlahan. Aku mendengar degupan jantungku bedegup kencang. Penglihatan aku menjadi kabur. Apa yang sedang terjadi pada aku? Aku menutup mataku,lalu bunyi-bunyi pergerakan orang-orang itu semua hilang. Aku membuka mataku dan melihat mereka semua masih berada di hadapan aku dan mereka tidak bergerak. Aku brjalan kehadapan dan aku terlangar abang yang sudah rebah. Aku teringat Ibu. Semasa ibu sedang tenat, abang mempunyai rupa ibu.Aku menangis lalu ak mendengar bunyi pergerakan itu semula.
"Jangan bergerak!' jerit salah seorang dari mereka.
"Apa yang kau dah buat kepada abang? Kenapa tembak Abang?"  jeritku.
"Diam, angkat tangan dan melutut, kalau tidak aku bunuh abang kau." balas mereka.
Maknanya abang masih hidup. Aku berasa gembira. Keadaan berubah menjadi seperti tadi. aku tidak lagi mendengar apa-apa pun.Aku berlari kearah abang, mengangkat dia lalu aku membawa dia lari daripada tempat itu. Pelik, mereka semua tidak menembak ataupun menegjar aku. Aku terjumpa kereta aku dan aku meletakan abang di dalam kereta dan aku menghidupkan enjin kereta aku. Tetapi  ia tidak hidup.. malahan memutar kunci pun menjadi sangat susah. Aku keluar dari kereta dengan tenang.Kegembiraan ak berubah manjadi rasa gusar di jiwa. Aku takut bahawa ak tidak akan berjaya menyelamatkan abang. Aku menyepak sebijik batu dan apa yang ak lihat seolah-olah batu itu terapung. Oh tidak! ia bergerak dengan sangat perlahan. Aku melihat burung juga terbang dengan prlahan. Baru aku faham apa aksud abang yang aku ini istimewa.


* * * * *
Aku duduk di dalam kereta dan cuba menenangkan fikiran. Aku dapati fkeadaan kembali normal. Enjin kereta hidup. Aku terus pergi dari tempat itu. Aku berfikir apa yang ak harus buat. Aku teringat bahawa ibu ada bagi aku sesuatu untuk diberi kepada abang. Aku terus balik ke rumah dan mengambil barang itu. Aku tahu aku akan terus diburu jadi aku berkemas mengambil segala apa yang perlu. Aku terus pergi dari rumah. Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku mengangkat dan kedengaran suara Raf, teman rapatku.
"Hey, dah beribu kali aku telefon kau, kenapa kau tak angkat? Kau kata nak suruh aku tolong untuk persiapan majlis untuk abank kau tu.?" Tanya Raf kepadaku.
"Ermm, majlis tu.. dibatalkan. Aku ada hal penting ni. Nanti bil dah selesai aku telefon kau. OK?"
jawabku. Aku terus mematikan telefon aku bagi mengelakan apa-apa ganguan. Tiba-tiba Kerta aku ditembak dari belakang. Tayar keretaku meletup lalu terbabas. Abang yang terbaring selamat tetapi aku terkena tembakan di bahu sebelah kiriku. Aku keluar dari kereta meraung kesakitan. Aku dapat melihat datangnya seorang lelaki yang berbaju hitam.
"Hai, apa khabar.?" dia bercakap sambil mencankung. Dia mengusap kepalaku,
"Dah besar dah kau. Aku banga. Kau boleh hidup selama ni. Orang lain yang macam kau semua mati sebelum mereka sempat lahir pun." dia bercakap dalam nada bangga.
"Apa yang kau nak? Apa salah aku?" jeritku.
"Tak perlu menjerit. aku belum bisu. Aku tak mahu apa-apa tapi aku cuma nak nyawa kau. Memudahkan kerja semua pihak." Dia bercakap sambil berdiri. Dia mengacukan sepucuk pistol, menarik picunya dan menembak. Alu menutup mata dan tiba- tiba bunyi tembakan itu terus hilang. 

* * * * *
Aku membuka mata dan melihat bahawa peluru pistol itu masih berada dekat dengan pistol itu. Aku mengelak dari pistol itu dan terus berdiri. sekeliling aku tidak bergerak. Aku pergi kearah lelaki itu danmenumbuk mukanya. Aku pergi ke semua orang di sekelilingku dan menumbuk mereka sekuat hatiku. Lalu aku pergi ke kereta dan menyelamatkan abang dengan meletakan dia di dalam kereta lelaki tadi. Aku berasa lega dan akhirnya keaadaan kembali  normal. Aku melihat semua org yang aku tumbuk tercampak kecuali lelaki tadi yang cuba menembak aku. Dia memegang pistol lalu terus mula menembak ke arah ku. Aku cuba menumpukan perhatian dan aku dapat kembali keadaan dimana dia tidak lagi bergerak. Semua peluru peluru yang ditembak semua ak halakan kepada orang- orang kanan lelaki itu. Aku pergi kearah lelaki itu dan menubuk dan menendang dia sepuas-puas hatiku. Dengan segala apa kemarahan ini, aku merasa smakin berkuasa.Keadaan kembali seperti biasa dan aku dapat melihat darah yang  berlumuran di atas suit yang berwarna hiitam itu.. Aku mengambil pistol dia dan menembak dia di kedua-dua kakinya. 
"Aku tak akan bunuh kau, tapi aku nak kau menderita." kataku kepadanya.
"Aku gembira kau mempunyai kelebihan seprti ini. Tapi kau tak akan dapat hidup lama. Kau, hidupkau akan hancur. Akan musnah.  Hahaha" Dia bercakap degan yakin.
Aku terus membawa abang pergi. Kini ak tahu apa hal tujuku. Aku akan hapuskan mereka sebelum merekahapuskan. Dengan kelebihan  aku yang dapat memelahankan masa.. Tiada siapa yang akan dapat mengapa-apkan aku dan abang.

BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment