"Mak, Abg mak!" kataku.
"Ya mak tahu sayang" Jawab mak dalam nada yang sayu.
"Kenapa dengan abang mak?"tanyaku.
"Abang sakit nak. Abang sakit"jawab mak sambil mengesat airmatanya.
* * * * *
Itulah kali terakhir aku mendengar suara abang. Abang dimasukkan ke hospital mental. Dah 20 tahun berlalu. Sampai hari ini aku tak tahu kenapa dia dimasukkan ke hospital itu. Minggu lepas aku telah mendapat sepucuk surat menyatakan bahawa abang akan bebas dari tuduhan bunuh esok. Semua berlalu dengan pantas. Aku tak pernah melawat abang. Aku tak tahu mengapa dia tidak mahu berjumpa dengan aku , semenjak dia dimasukkan ke penjara 12 tahun lepas.. Fuhh! Maknanya abang duduk dalam hospital itu selama lapan tahun. Kata doktor proses pemulihan itu berjalan secara tersembunyi. Lapan tahun.. hmmm.. tak masuk akal.
Aku menunggu abang dihadapan pintu besi penjara. Aku nak dia tahu yang aku masih ingatkan dia. Aku sayangkan dia. Sebab itulah pesan mak aku sebelum mak meninggal dunia 11 tahun lalu. Mak sahaja yang pernah berjumpa abang sebaik sahaja abang dipindahkan ke penjara. 9.15 minit pagi, aku ternapak satu wajah yang aku sanagat kenali. Abang. Aku berjalan dengan penuh berdebar kearah dia. Aku menyapa dia.
"Abang.."
Dia memandang kasar. Lalu tersenyum.
"Ingat lagi kau dengan aku ya?" Jawab abang.
Aku tersenyum sambil berkata
"Jom Kita balik bang."
Aku dan abang terus ke kereta aku yang terletak berhampiran. Aku terus memandu untuk cepat pulang ke rumah bersama abang. Abang memulakan perbualan.
"Mak sakit apa sebelum meninggal?"
"Sakit jantung bang."jawab ku
"Owh. Kau ni tak takut ke bawak abang balik rumah ni? Abang ni bukan betul sangat pun, Haha" kata abang dengan nada sinis
"Apa nak jadi pun jadilah" jawab aku.
Abang meminta aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Setelah berhenti, apa yang ak ingat abang ingin menumbuk ku dan segalanya berubah menjadi gelap.
* * * * *
"Saya dekat mana ni abang" tanya aku
"Dekat disko. Kau ni bodoh ke apa? Da banyak pokok ni, dekat hutan lah. Aku bawak kau kat sini supaya aku dapat tamatkan segala pertanyaan dalam hidup kau. Kenapa aku masuk ke hospital gila? Kenapa aku bunuh orang tu? Kenapa semua ni terjadi? Kau nak tahu kenapa?" jawab abang dengan marah.
"Kenapa? Jawablah" jeritku.
"Jawapannya.. KAU!!" jawab abang dan lalu pergi membiarkan aku seorang diri.
Aku? Apa salah aku? Kenapa semua tu berlaku kerana aku? Apa yang aku dah lakukan? Aku menangis. Aku yang diikat tak terdaya melakukan apa-apa. Aku menjerit sekuat hati aku. Abang lepaskan saya! Bayangkan perasaanku. Aku yang meronta-meronta akhirnya hanya mampu duduk, di biarkan diikat, berserah. dan lalu hilang dalam lena apabila hari sudah semakin gelap.
Aku tersedar apabila aku menyedari kehadiran sesuatu. Aku terdengar bunyi benda bergerak. Aku berpura-pura tidur. Aku kaku. Rupa-rupanya itu abang. Tiba-tiba abang bersuara
"adik, abang nak beritahu, sebenarnya adiklah punca abang membubuh orang itu. Adik sangat istimewa. Adik boleh melakukan perkara yang abang sendiri tidak boleh lakukan. Hanya abang dan ibu sahaja mengetahui perkara ini. Abang berpura-pura jadi gila supaya abang tidak dikenakan hukuman yabg berat. Ibu pula jatuh sakit apabila Ibu tahu bahawa abang tidak lagi boleh menyembunyikan perkara ini. Mungkin Ibu risau atas keselamatan adik dan akhirnya meninggal dunia. Apa yang abang tahu, Ibu pernah bersetuju untuk mrnjadikan adik sebagai bahan ujikaji pihak tertentu untuk melahirkan manusia generasi baru yang lebih dinamik, manusia yang jauh lebih baik darikpada manusia lain. Dalam ramai-ramai. adik sahaja yang berjaya dilahirkan. Hari ini adik menjadi tanggungjawab abang. Abang harus menjaga adik daripada orang-orang yang tidak berguna itu. Abang harap adik Faham."
Aku menangis kesedihan. Mengapa aku? Apa-apapun hidup harus diteruskan. Aku akan ikut abang dan aku akan selesaikan segala masalah ini dengan cara yang terbaik.
"Abang, apapun terjadi kita akan terus bersama. Saya tidak akan berhenti untuk mencari jawapan kepada semua masalah ini bang.." kataku bersemangat.
Abang tersenyum dan terus mengahmpiriku. Tiba-tiba aku terdengar satu letupan dan kemudian abang rebah. Aku terperanjat melihat abang. Aku melihat ramai orang yang berpakaian seumpama tentera elit menuju ke arah aku. Adakah ini oarng yang abang cakapkan tadi? Segalanya berubah menjadi perlahan. Aku mendengar degupan jantungku bedegup kencang. Penglihatan aku menjadi kabur. Apa yang sedang terjadi pada aku?
BERSAMBUNG
No comments:
Post a Comment